hah apa yg korang semua akan pikiaq bila cheq tulis entry pasal COLGATE??? mesti ampa semua akan pikiaq pasal gigi kan..ye la..colgate nie mmg sinonim dgn gigi...dah nama pown buat gigi..haha..apdaaaa.... tapi cheq sebenaqnya bukan la nak cerita pasal gigi..tp pasal benda len yang tp ada kene mengena dengan colgate...nak taw cerita apa??jom la followwww..jgn malu2 na...
sebelum tue cheq nak kongsi sikit la apakah kelebihan colgate a.k.a ubat gigi nie...umum semua tahu kan yg ubat gigi nie digunakan untuk memutihkan gigi dan juga mengawal gigi kita daripada diserang dgn bakteria2 perosak gigi..tp sebenaqnya la ada bnayk lagi kelebihan ubat gigi nie yg ampa semua xtaw.. nie cheq kongsi sikit info pasal kelebihan ubat gigi selain daripada untuk tujuan penjagaan gigi...
1. Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka
2. Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.
3. Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Mencucinya di pagi hari.
4. Mengilatkan kuku
5. Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.
6.Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.
7. Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.
8. Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.
9. Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.
10. Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.
11. Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.
12. Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.
13. Henghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.
14. Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.
15. Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.
16. Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya.
hah..tudia..bnayk nak mampus la kan...tengok banyak gila kelebihan ubat gigi nie yang kita langsung xtaw..tp dalam bnyak2 nie sebenaqnya cheq tertarik tentang penggunaannya adalah untuk mengecilkan jerawat...ampa caya tak??mesti ada yang tak caya kan..dulu cheq pown cmtue..selalu ja tak caya lebih cayakan produk2 acne yang berlambak terjual di pasaran..tapi hasil yang adoo...langsung xmemuaskan..so pada suatu hari dengan rasa rendah diri cheq pown telah mencalitkan sedikit ubat gigi ke muka cheq especially kat tempat yang ada sebutir jerawat tue la kan... al-kisahnya sangatla menakjubkan and mmg cheq terkejut sebab xsampay bapa jam jerawat tue mula kecut dengan sendiri..wow amazing..lepas tue "say no to acne"haha..asal dia muncul jer.. bukkkk..cheq calit sedas kat jerawat tue ha..lega rasa...
so maknanya disini "don't judge a book by it's cover"...kekeke..jgn tengok ubt gigi xde mata taw.. dia lebih power dan terer u know..haha..lagi satu pasal pa ma org p kedai cari ubat gigi dia akan cakap cmnie "colgate ada" dia xtanya "ubt gigi ada x"..hahaha..lagi satu masalah sebut colgate tp pi ambek darlie..haha..apa cer... pikiaq jgn tak pikiaq...
cheq beransuaq dlu..bye..assalamualaikum....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.